Latar belakang Wheely Willy

Willy didapati terbiar di dalam sebuah kotak kadbod, mengalami cedera spina dan kerongkong yang dipotong. Willy dimasukkan ke sebuah hospital haiwan untuk dirawat, dan tinggal di sana selama setahun tanpa diangkat. Seorang pencinta haiwan, Deborah Turner, mengambil keputusan untuk membawa anjing ini balik, kerana jika anjing ini terus dibiarkan diri, anjing ini akan mengalami euthanasia, iaitu dibunuh.

Mula-mulanya Willy yang berat sebanyak 2 lbs (1 kg) ini perlu dibawa dengan tangan, tetapi Turner cuba beberapa kali untuk membenarkan anjing ini bergerak sendiri. Dia cuba mengikat belon helium pada sukuan belakang anjing ini dengan kejayaan sedikit.

Akhirnya, Turner tertarik dengan sebuah iklan kart K-9, sejenis kerusi roda yang direka untuk digunakan dengan gigi. Willy menyesuaikan diri dengan cara pergerakan ini dengan cepat; perasaan ingin tahu pada para pelanggan dan rakan-rakan Turner mengakibatkan liputan berita tempatan dan selepas itu menjadi terkenal antarabangsa.

Willy telah membuat lawatan antarabangsa, kebanyakannya ke hospital. Willy juga mengambil bahagian di acara-acara seperti Cystic Fibrosis Fun Walk dan Maraton Los Angeles.

Ketabahan dan perwatakan baik anjing ini sering disebut sebagai suatu inspirasi oleh orang yang menemuinya.